Friday 3 June 2016

Buang Bulu Cara Waxing

BAGI sesetengah lelaki, bulu yang panjang menimbulkan rasa malu dan tidak selesa, lebih-lebih lagi pada bahagian yang nampak nyata seperti pada betis, tangan, dada, kaki atau muka. Ada yang mengambil jalan mudah dengan mencukur sendiri.



Namun mencukur sendiri belum dapat membuang keseluruhan bulu tersebut kerana terdapat banyak masalah yang mungkin timbul. Antaranya ialah bulu roma akan tumbuh semula dalam masa singkat, kulit terasa gatal, kulit kemungkinan terluka, bulu roma yang tumbuh selepas itu mungkin akan bertambah tebal atau kasar dan sebagainya.

Salah satu kaedah membuang bulu yang terkini ialah dengan cara waxing. Khidmat ini juga turut ditawarkan di Uruterapi, yang bukan sahaja dilakukan pada bahagian-bahagian tertentu badan malah boleh dibuat pada keseluruhan badan. Melalui

kaedah ini, kulit akan nampak licin dan berkilat. Gambar di bawah menunjukkan keadaan sebelum dan selepas seseorang lelaki menjadi proses waxing.




Selain itu, bulu akan tumbuh semula lebih lambat iaitu kira-kira selepas lebih sebulan.